Malam ini saya sempat menjengah ke beberapa kawasan antaranya Taman Scientex dan Taman Cendana. Di Taman Cendana saya sempat bersama rakan-rakan PAS, berceramah bersama Saudara Syed Othman. Saudara Syed Othman bercerita apakah perubahan-perubahan yang akan kami bawa apabila menawan Putrajaya dan Nusajaya.
Saya pula memilih untuk menerangkan kepada rakan-rakan bagaimana penjimatan yang dilakukan dapat memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi saya tidak mengapa kita bantu seluruh rakyat tanpa mengira kaum kerana mereka juga anak Malaysia.
Di Taman Cendana saya dapat berjumpa beberapa petugas PAS dan mereka banyak berkongsi pengalaman mereka dalam usaha membuktikan bahawa Taman Cendana bukan wilayah BN 100%. Semangat ini akan kita sebar luaskan ke serata Malaysia agar seluruh rakyat merasainya.
Inikalilah