PAKATAN HARAPAN RAKYAT

Kenali Timbalan Pengerusi PKR Negeri Johor Dr. Ahmad Faidhi bin Saidi atau lebih dikenali DR. N.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun Dan Lebih Rendah

Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun

Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan dan kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidikan Percuma Untuk Semua

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.

SELAMAT DATANG KE BLOG DR AHMAD FAIDHI BIN SAIDI, TIMBALAN PENGERUSI PKR NEGERI JOHOR

Tuesday 19 March 2013

Dialog Profesional Johor Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

Jangan lupa temu janji kita bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 23 Mac 2013 



Ceramah DSAI di Megah Ria

Alhamdulillah pada 18 Mac 2013 PKR Pasir Gudang bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat telah berjaya menganjurkan satu ceramah umum bersama Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walaupun terdapat provokasi yang cuba untuk menggangu gugat kelancaran program namun dapat diatasi dengan baik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Unit Amal dan Polis Di-Raja Malaysia atas kecekapan dalam menangani provokasi yang berlaku.

Inshaa Allah INIKALILAH

Saudara Jimmy Phua sedang berucap

DSAI duduk di tanah sahaja???

Pak Arab @ Syed Othman terduduk ketika bertanya "Are You Ready For BN"

Sentiasa ceria

Tan Sri Hashim Hussien berkongsi pengalaman semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia


DSAI memulakan ucapan dan membentangkan dasar yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat



Anggaran kehadiran hanyalah sekitar 50-60 orang sahaja. Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini.

Monday 18 March 2013

Video Ceramah Umum Di Markaz PAS Permas Jaya

Assalamualaikum dan salam reformasi.
Inilkalilah..... Video ceramah umum di Markaz PAS Permas Jaya.Terima kasih kepada yang hadir dan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Jangan lupa temu janji kita malam ini di Jalan Jelatang 5 Taman Megah Ria. Ceramah Umum Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.






Ceramah Umum di Permas Jaya

Syukur kepada Allah atas ruang dan peluang untuk menyampaikan Ceramah Umum di Markaz Pas Permas Jaya. Terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput dan terima kasih kepada petugas keselamatan dari Unit Amal dan Polis Di Raja Malaysia yang membatu mengawal keselamatan dan memberti kerjasama dengan baik.


Ucapan Pengerusi DHPP Johor




Datuk Tamrin Tun Ghaffar turut memberi ucapan


Video ceramah ini akan di muat naik di channel youtube tidak lama lagi.
INIKALILAH

Tuesday 12 March 2013

Ucapan Perasmian PKR Ranting Kg Melayu

Video ceramah semasa Perasmian PKR Ranting Kampung Melayu. Terima kasih kepada semua yang terhadir dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Ini kalilah




Sunday 10 March 2013

Perasmian Ranting Kampung Melayu

Syukur kepada Allah, baru sahaja selesai Majlis Perasmian PKR Ranting Kg Melayu. Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota yang menjayakan program ini. Sebuah kejayaan tercipta dengan langkah yang pertama dan apa yang penting adalah konsisten dan istiqomah dalam perjuangan. Tiada yang mudah dalam perjuangan kerana pengorbanan sangat-sangat diperlukan. 

Inshaa Allah kita sudah bersedia menghadapi PRU 13 dan hanya menanti masa semboyan pembuburan dibunyikan. 







Saturday 9 March 2013

Ucapan Semasa Pembukaan UPU Taman Bukit Dahlia

Alhamdulillah semasa Majlis Pembukaan UPU PAS Taman Bukit Dahlia saya diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata. Saya mengambil peluang ini sebagai sesi taaruf bagi mengeratkan hubungan antara jentera Pakatan Rakyat. 




Manifesto Pakatan Rakyat

Tawaran Pakatan Rakyat. Saya mengharapkan setiap jentera dapat memahami isi Manifesto Pakatan Harapan Rakyat ini agar boleh menjadi senjata ketika kempen dijalankan.


Manifesto PAKATAN by AnakSungai Derhaka

Perasmian UPU PAS Taman Bukit Dahlia

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T kerana dapat menghadiri Pembukaan UPU PAS Kawasan Bukit Dahlia. Majlis ini turut dihadiri rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.





Tuan Syed Othman

Saya diberi peluang untuk menyampaikan pandangan terhadap senaria politik tanah air. Kita di Pakatan Rakyat sudah bersedia menghadapi PRU ke-13. 




INI KALILAH!!!

Friday 8 March 2013

Risalah Pakatan Rakyat Di Desa Harmoni

Alhamdulillah saya berkesempatan bersama-sama jentera PKR Pasir Gudang untuk mengedar risalah KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT MENTADBIR NEGERI. Risalah diedarkan dibeberapa tempat seperti di Pasar Malam Desa Harmoni dan kawasan taman di sekitarnya. 










Inshaa Allah... Pakatan Harapan Rakyat

Sunday 3 March 2013

Kenali Diri


Biodata 

Nama Penuh: Ahmad Faidhi bin Saidi
Nama Panggilan: Dr. Nuraini
Tarikh lahir: 9 Januari 1964
Alamat Rumah: 2, Jalan Purnama 4 Taman Purnama 86200 Simpang Renggam, Johor
Kelulusan Akademik: MBBS (Malaya) MRCGP (Australia)
Pekerjaan: Pengamal Perubatan Swasta Ahli Politik Ahli Perniagaan (Farmasi)
Alamat email: drahmadfaidhi@yahoo.com.my
                     drahmadfaidhi@gmail.com
Isteri: Zuhaida binti Abdul Jalil
Pekerjaan isteri: Pegawai Kesihatan Daerah Kluang
Bilangan anak: 4 orang
Penglibatan Politik:
1998 : Reformist
1999-2010 : Ketua Cabang PKR Simpang Renggam
1999 : Mantan calon PKR DUN Simpang Renggam
2000-2002 : Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor
2003-2004 : Timb. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
2004-2005 : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
2004 : Mantan Calon PKR Parlimen Sri Gading
2004-2007: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PK
2005-2007: Timb. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
2008-2009: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
2011-2013: Timb. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Ahli Biro Politik